Tiga lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka, atas dakwaan menyerang Pegawai Imigresen ketika sedang menjalankan tugas di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, 30 September lepas.
Berdasarkan pertuduhan bersama, ketiga-tiga tertuduh bersama beberapa individu yang masih bebas didakwa menyerang Pegawai Imigresen Mohd Yusof, 53, di Pusat Hiburan Ninety Eight Bar and Karaoke di Taman Melaka Raya.
Ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM4000 dengan seorang penjamain dan mahkamah menetapkan 4 November depan sebagai sebutan semula kes.
Sumber : Berita Harian
