Menu

OP TUTUP : 15 DITAHAN DISYAKI TERLIBAT KES DADAH

Langkawi , 11 Okt - Seramai 15 individu termasuk seorang wanita telah ditahan dan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) disyaki terlibat kes dadah dalam OP TUTUP 5/ 2015 berdekatan Persisiran Pantai Jeti Kg. Bukit Malut, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib berkata, OP Tutup tersebut dijalankan serentak bersama OP Sarang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

"Dua operasi serentak itu telah dijalankan selama dua hari bermula semalam dengan menggunakan bot ronda RH 53", katanya.

Menurutnya, serbuan dibuat dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua individu yang ditahan positif dadah.

Kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Kuah, untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1984.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS