Polis menafikan wujud kes penderaan atau layanan buruk terhadap murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi Gua Musang sebagaimana digembar-gembur oleh sebuah portal berita.
Ketua Polis Negeri Kelantan, Dato’ Mazlan Lazim berkata, dakwaan tersebut tidak berasas kerana setakat ini pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan seumpama itu.
Orang ramai diminta supaya menghentikan segala tohmahan terhadap pasukan penyelamat termasuk menuduh mereka sengaja melambat-lambatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sumber : Utusan Malaysia