Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Subang Jaya berjaya membuktikan keupayaan mereka dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman di kawasan perumahan yang diduduki oleh masyarakat kelas atas.
Dilancarkan pada 19 Disember 2012 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, URB dipertanggungjawabkan untuk melakukan rondaan, mewujudkan kehadiran polis serta menjadi pasukan kawalan di tempat kejadian apabila berlakunya jenayah.
Peratusan jenayah di sekitar daerah terbabit menurun sebanyak 23 peratus sejak penubuhan URB. Setiap anggota ditugaskan selama 8 jam untuk melakukan rondaan di sekitar kawasan komuniti daerah Subang Jaya. Satu sektor secara berpasangan dipertanggungjawabkan untuk melakukan rondaan di kawasan komuniti di daerah Subang Jaya.
Sumber : Utusan Malaysia