Menu

KERETA MPV BAHARU MANTAPKAN TUGAS RONDAAN, SIASATAN KES

Sebanyak 15 unit kereta peronda (MPV) diserahkan kepada Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kajang. Kereta peronda baru itu juga dilihat lebih efisyen selain tugasan rondaan dapat diperluaskan. 

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata kenderaan lama masih terus digunakan namun di sebabkan sudah berusia ada yang mongalami kerosakan dan perlu diselenggara. 

"Prestasi dan kemampuan Proton Inspira ini juga diuji pada tahap baik dan diharap setiap anggota mampu tiba ke lokasi dengan lebih cepat dan lancar." katanya.

Tambahnya, pihak IPD Kajang memiliki 73 kcreta peronda dengan kekuatan seramai 89 anggota yang berpusat di Semenyih. Wakil media turut diberi pcluang menaiki kereta baru berkenaan melakukan rondaan sehingga ke kawasan Beranang.

Sumber : Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS