Video seorang pekerja kedai cuci kereta warga Bangladesh ditampar yang menjadi viral di laman sosial terus mendapat perhatian masyarakat, pihak polis telah mengenalpasti plat pendaftaran seorang lelaki yang menampar pekerja berkenaan.
Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik kedai cuci kereta tersebut dan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Rozi Jidin dalam kenyataannya berkata pihak polis akan memanggil suspek berkenaan dalam masa terdekat untuk proses siasatan selanjutnya.
Terdahulu, suspek bertindak menampar pekerja asing berkenaan di sebuah kedai cuci kereta di Subang Perdana sehingga berlaku pendarahan di hidung kemudian mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.
