Menu

POLIS CEKUP PENGEDAR DADAH, RAMPAS PISTOL

Polis Selangor berjaya menahan seorang wanita berusia 33 tahun kerana mengedar dadah dan memilik sepucuk pistol di rumahnya di Taman Damai Perdana, Cheras.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata, serbuan yang dilakukan polis pada jam 4 petang itu turut menemui tiga paket plastik dadah seberat 99.4 gram serta tujuh paket berisi 262 biji pil disyaki jenis ecstasy seberat 77.2 gram dan sepaket plastik berisi ketamin seberat 11.70 gram.

Pihak polis percaya suspek tersebut aktif mengedar dadah dan dipercayai memperolehi bekalan dadah bernilai RM10,000 dari ibu kota sebelum diedarkan di kawasan Kajang.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS