Menu

KES BOGEL : PEMANDU PELANCONG DITAHAN


Seorang pemandu pelancong bebas ditahan bagi membantu siasatan berhubung rakaman gambar bogel di sebuah pulau di daerah Semporna, semalam.

Lelaki terbabit yang merupakan warganegara China berusia 33 tahun ditahan pasukan polis di sekitar pekan Semporna kira-kira pukul 9.30 malam. Sebelum ditahan suspek membawa beberapa pelancong membuat aktiviti di laut di sekitar pulau di daerah Semporna dan naik ke darat untuk makan malam.

Lelaki terbabit yang juga pemegang lesen mengajar aktiviti menyelam itu dipercayai ada bersama dengan sekumpulan lelaki dan wanita dalam rakaman gambar bogel di Pulau Sibuan, baru-baru ini.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS