Polis menahan dua lelaki termasuk seorang wanita warga asing disyaki pengedar dadah dan merampas beberapa jenis dadah yang bernilai kira-kira RM136,000 di sekitar kawasan Melaka Raya.
Susulan penangkapan ketiga-tiga suspek tersebut, polis berjaya merampas kira-kira 500 gram dadah dipercayai heroin, 100 biji pil ekstasi dan 82 pil Eramin 5.
Hasil maklumat yang diperoleh daripada suspek yang ditahan, polis kemudian telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Nissan yang diletakkan di sebuah kawasan taman perumahan di Tengkera dan menemui sebanyak lima kilogram dadah dipercayai ketamin dan dua paket dadah dipercayai heroin.