Menu

PENEMUAN MAYAT, ORANG RAMAI DIMINTA BERHENTI SEBAR BERITA PALSU


Polis menolak dakwaan berhubung kes bunuh dan penemuan satu mayat kanak-kanak yang didakwa berlaku di hadapan Pasar Raya Mydin di Taman Daya, Johor Bahru, seperti yang didakwa viral di laman Facebook sejak kelmarin.

Tiada laporan polis berkaitan kes bunuh atau penemuan mayat di Taman Daya dan Pasar Raya Mydin itu.

Dalam perkembangan lain, polis meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita palsu mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang kononnya dibunuh sebelum mayatnya dicampak di bawah jambatan Uptown 2, Seremban 2, kelmarin.

Tiada kes seperti yang diperkatakan di laman sosial, sebaliknya gambar dimuat naik diperoleh dari luar negara.

Sumber : Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS