Menu

IFG 2015: PDRM SAPU BERSIH SEMUA ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DI HARI PERTAMA

Singapura, 28 Oktober- Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggondol juara dalam ketiga-tiga acara yang dipertandingkan iaitu bola jaring, bola sepak terbuka dan sepak takraw selepas menewaskan pasukan tuan rumah Singapore Police Force (SPF) yang berlangsung di Home Team Academy (HTA), Sembawang, di sini.

Pingat emas pertama PDRM disumbangkan dalam acara bola jaring wanita setelah berjaya menundukkan pasukan lawan dengan memperolehi 40 mata berbalas 38 di Multi Purpose Hall (MPH), HTA.

Sementara itu, pingat emas kedua buat PDRM pula disumbangkan oleh pasukan bola sepak terbuka yang berjaya menidakkan kemenangan pihak pasukan tuan rumah setelah menang sepakan penalti 6-5 yang berlangsung di padang utama HTA.

Pasukan tuan rumah SPF sekali lagi terpaksa akur dengan kekalahan selepas pingat emas dalam acara sepak takraw berjaya dikutip oleh pasukan PDRM yang berjaya memungut 2 mata berbalas 1.

Kesemua keputusan itu menyaksikan PDRM telah mendahului pasukan tuan rumah SPF dengan 3 mata berbalas 0 untuk tujuh acara yang dipertandingkan sepanjang Inter Forces Games 2015 yang berlangsung di negara republik itu.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Commisioner Of Police, SPF, Mr. Hong Wee Teck dan Pengarah Pengurusan, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah yang mewakili pucuk pimpinan PDRM.

Turut hadir dalam ketiga-tiga acara permainan tersebut adalah Ketua Polis Kontinjen Perak, Dato' Osman Salleh, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Dasar Sumber Manusia, Dato' Aishah Mohamad, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi PDRM), Tuan N. Murtadza N. Mahmud serta para pegawai kanan kedua-dua pasukan yang bertanding.

Kejohanan yang bermula pada hari ini akan berakhir esok.

#interforcesgames2015 #ifg2015 #polisdirajamalaysia #pdrm#singaporepoliceforce #spf

1
Ketibaan Ketua Polis Negara di Home Team Academy (HTA) disambut oleh Commisioner of Police Singapore Police Force.

2
Ketua Polis Negara diperkenalkan dengan para pemain bola sepak terbuka SPF.

3
CP SPF berjabat tangan dengan para pemain PDRM sebelum permainan dimulakan.

10
Pasukan bola sepak terbuka bergambar kenangan bersama pucuk pimpinan PDRM dan SPF sebelum permainan dimulakan.

26
Sekitar perlawanan.

25
Sekitar perlawanan.

27
Sekitar perlawanan.



19
Wajah-wajah atlet kebanggaan PDRM.

18
Individu di sebalik kekuatan pasukan bola sepak terbuka PDRM... Dato' Osman.

5
Kelihatan Dato' Aishah dan Puan Aida sedang memberikan kata-kata semangat kepada para pemain bola jaring semasa watu rehat permainan.

6
Sekitar perlawanan

12
Sekitar perlawanan

8
Ceria-Pasukan bola jaring wanita PDRM juara untuk tahun ini.

9
Ceria dan bersemangat-Dato' Aishah dan Puan Aida bergambar kenangan dengan pasukan bola jaring wanita PDRM.

21
Sekitar perlawanan Sepak Takraw

20
Sekitar perlawanan Sepak Takraw

23
Piala pusingan perlawanan sepak takraw 2015 kekal milik PDRM.

24
Kedua-dua pasukan yang bertanding bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS