Hasrat penagih dadah melepaskan gian masing-masing di Jalan 1, Bagan Sungai Besar, Sabak Bernam bukan saja terbantut, malah ditahan sepasukan polis apabila mereka diberkas dalam operasi yang bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4 petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bemam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, seramai 21 penagih yang menunggang motosikal dan memandu kereta masing-masing dicekup dalam sekatan ketika ingin masuk ke lokasi penagihan.
"Polis telah membuat ujian air kencing dan mendapati kesemua mereka positif dadah dan mereka ditahan reman selama 14 hari”, katanya.
Sumber : Sinar Harian
