Polis Kedah telah mengambil sampel ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) milik seorang wanita berusia 38 tahun yang disyaki ibu kepada bayi yang dijumpai dibuang dalam sebuah mesin basuh di rumah keluarga mentuanya di Yan.
Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata, sampel DNA tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia cawangan Pulau Pinang dan hanya akan diketahui keputusannya seminggu dari sekarang.
Pihak polis yang masih menyiasat punca sebenar wanita tersebut bertindak demikian telah turut memanggil ahli keluarga dan suami suspek bagi menyelesaikan kes terbabit.
Sumber: Harian Metro
