Menu

MOKBIEY, NIJA DICARI POLIS


Polis mencari dua wanita yang dikenali sebagai Mokbiey dan Nija bagi membantu siasatan berhubung kes klip video membelasah seorang gadis berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu 15 Oktober lalu yang menjadi viral di laman sosial, baru-baru ini.

Suspek pertama, Mokbiey atau nama sebenarnya, Putri Nor Shasha Sharmila Zamri, berusia 20-an beralamat di Lot 3299 Pengkalan Baru, Beris Kubur Besar, Bachok manakala suspek kedua, Nija atau Nur Asniza Che Abdul Azizi, juga berusia 20-an dan berasal dari Kampung Budi, Tawang, Bachok.

Polis meminta orang ramai yang mengenali dua wanita ini atau mengetahui lokasi mereka berasa supaya segera menyalurkan maklumat.

Kes tersebut secara keseluruhan telah selesai berikutan penahanan suspek utamanya namun pihak polis masih mengesan dua wanita berkenaan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS