Batu Caves, 5 Nov - 176 mesin judi dirampas Pasukan Khas Taktikal Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman dalam satu serbuan di sebuah pusat perjudian di sini, semalam.
Operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Selayang itu turut menahan 16 orang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian.
Dalam perkembangan lain, STAGG telah menyerbu 22 premis judi di Temerloh, Pahang semalam.
Seramai 30 ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti judi haram.
Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook page rasmi beliau.

