Menu

TIMBALAN PENDAKWA RAYA DITUDUH TERLIBAT KES DADAH

Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPP) di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Muhamad Abu Hassan Ramli, 34, didakwa atas kesalahan mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu bulan lalu, di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Muhamad Abu Hassan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak. 

Mengikut pertuduhan, penjawat awam itu didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini pada pukul 3.30 pagi 1 Oktober lalu. 

Bagi pertuduhan itu, Muhamad Abu Hassan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5.000 jika didapati bersalah di bawah Seksyen 15(l)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS