Menu

JANGAN SEBAR BERITA PALSU MENGENAI BANJIR


Kuala Krai - Polis memberi amaran kepada pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu berhubung banjir selepas hujan beberapa hari kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, pengguna yang menyebarkan laporran palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Kita akan buat laporan dan ambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial yang menyebarkan berita dan gambar palsu.

"Maklumat atau hebahan banjir mestilah dibuat pihak berkuasa seperti polis, jabatan meteorologi dan jabatan berkaitan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian. 

Sumber: Sinar Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS