Menu

JENAYAH CURI KENDERAAN

Cara-cara untuk mencegah kecurian kereta

  • Pastikan kereta anda dipasang dengan alat penggera yang baik
  • Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan klac.
  • Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
  • Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam diletak tempat yang terang.
  • Jangan serahkan kunci kepada ‘jockey’ kereta.
  • Mengukirkan nombor pendaftaran di cermin kereta atau ‘sand blasting’.
  • Cara-cara untuk mencegah kecurian motosikal.
  • Letakkan motosikal di tempat yang dikhaskan.
  • Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang diterangi lampu.
  • Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
  • Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.
 

Tempat-tempat di mana kecurian kerap berlaku

  • Tempat letak kereta awam.
  • Kompleks membeli belah.
  • Hadapan atau perkarangan rumah.
  • Bahu jalan raya dan tepi lebuhraya.
  • Tempat letak kereta di hotel menjadi tempat sering berlakunya jenayah ini.

 
Apa perlu dilakukan apabila kenderaan anda dicuri?

  • Anda perlu bertenang.
  • Perhatikan sekeliling rumah dan kenalpasti samada pencuri masih berada tempat kejadian atau tidak.
  • Hubungi polis di nombor 999 untuk maklumkan kenderaan anda dicuri.
  • Nyatakan secara terperinci jenis kenderaan, nombor pendaftaran dan warna kenderaan.
  • Makluman awal ini akan dihebahkan kepada semua balai polis berdekatan untuk mengesan kenderaan tersebut.
  • Merujuk perkara ini ke balai polis berdekatan dengan segera untuk membuat laporan polis secara terperinci mengenai kejadian kecurian kenderaan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS