Menu

JENYAH PECAH RUMAH

Perlindungan secara fizikal

  • Pasang ‘door viewer’ dan penyelak pintu utama.
  • Pintu utama perlu diperbuat daripada bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
  • Simpan tangga dan alat-alat pertukangan di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak samun sepanjang pagar rumah anda  yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta mengesan penceroboh.

 

Langkah berjaga-jaga

  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki,di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah.
  • Jangan tinggalkan nota yang mengatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau di curi.
  • Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari
  • Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di peti keselamatan.

 

Apa perlu dilakukan apabila rumah anda dipecah masuk?

  • Anda perlu bertenang.
  • Perhatikan sekeliling rumah dan kenalpasti samada pencuri masih berada di rumah tersebut atau tidak.
  • Kenalpasti di mana bahagian rumah yang menjadi laluan pencuri pecah masuk tersebut.
  • Anda dinasihati supaya jangan menyentuh barang-barang yang disyaki boleh dijadikan barang bukti bagi mengesan suspek.
  • Hubungi pihak polis di nombor 999 atau merujuk perkara ini ke balai polis berdekatan dengan segera. 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS