Menu

LELAKI SASA DIBURU TERLIBAT KES BUNUH BEKAS WAKIL RAKYAT


Polis Terengganu mengedarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) seorang lelaki bertubuh sasa yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah di Kampung Alor Limbat, Marang, Terengganu pada 9 Oktober lalu.

Video berdurasi 1.08 saat itu memaparkan seorang lelaki memakai baju hitam dan topi keledar merah dengan visor hitam memasuki sebuah premis perniagaan berhampiran lokasi pembunuhan berlaku.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Turus D9, IPK Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Azlan Abdul Kadir menerusi talian 012-438 3441 atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Othman Ibrahim di talian 013-9315485.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS