Menu

LELAKI DITAHAN, DADAH JENIS HEROIN DIRAMPAS

Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 109 gram di hadapan sebuah rumah di Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, kelmarin.

Pihak polis sebelum itu menahan motosikal jenis Yamaha 125 Z yang dinaiki suspek. Ketika pemeriksaan lanjut polis menemui empat peket plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk yang disyaki dadah jenis heroin dalam beg galas suspek. 

Semua barang rampasan termasuk suspek dibawa ke IPD Selama dan ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif heroin. 

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS