Kumpulan Media Prima Berhad semalam mengungguli Anugerah Malam Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut 2015.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, majlis seumpama itu adalah bertujuan untuk menjalin serta mengekalkang kerjasama yang cemerlang antara warga IPD dengan dengan kumpulan media.
Pelbagai kategori anugerah telah dipertandingkan dalam majlis malam tersebut seperti Laporan Berita Bahasa Melayu terbaik, Laporan Berita Bahasa Inggeris terbaik, Laporan Berita TV, Gambar terbaik dan banyak lagi.
Sumber: Berita Harian
