Menu

MAYAT PELAJAR TERJUN JAMBATAN TEMERLOH DITEMUI

Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas setekah dilihat terjun ke Sungai Pahang dari Jambatan Temerloh pada Selesa lalu akhirnya ditemui semalam kira-kira 150 kilometer dari lokasi dia mula-mula dilaporkan hilang.

Jasad Mohd Noor Hamizan Mohd Johar, 19, ditemui terapung dekat jeti Kampung Sungai Duri di sini oleh seorang nelayan ketika sedang menangkap ikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintenden Amran Sidek berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 1.50 petang, semalam.

Katanya, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan berhubung dengan kejadian ini.

Pada 3 November lalu, Noor Hamizan, dilihat terjun ke Sungai Pahang dari Jambatan Temerloh dengan memakai baju berlengan pendek dan kain pelekat oleh seorang saksi.

- Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS