Menu

RAGBI PIALA KPN 2015: HUJAN RAHMAT BUAT KONTINJEN PERAK

Bangi, 8 November – Hujan membawa rahmat bagi pasukan ragbi kontinjen Perak setelah berjaya mencipta kemenangan ke atas pasukan kontinjen Kuala Lumpur dengan mata 6-3 di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dekat sini, petang tadi.

Pertandingan akhir pada kali ini menyaksikan sebuah persembahan yang sengit apabila pasukan Kuala Lumpur yang kelihatan begitu agresif akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan pemain ragbi dari pasukan seladang tersebut walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah yang hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Negara 2015 sebentar tadi turut memuji kesungguhan para atlet ragbi yang berjuang habis-habisan atas semangat setiakawan di dalam padang.

"Kejohanan seumpama ini boleh menjadi teras dalam PDRM untuk mengangkat martabat mutu sukan kita ke persada antarabangsa" ujar beliau.

Sebanyak 15 buah pasukan dari seluruh kontinjen dan formasi PDRM telah menyertai kejohanan pada kali ini. Antara kontinjen dan formasi yang mengambil bahagian adalah Terengganu, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Perak, Kuala Lumpur, Johor, Selangor, PULAPOL Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Briged Tengah PGA, Kedah serta Bukit Aman selaku penganjur kejohanan ini.

Hadir sama dalam majlis penutupan ini adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Tajuddin Md Isa, Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), Dato' Abdul Ghaffar Rajab , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan pada tahun ini, Dato' Ruslan Hassan, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Dato' Abdul Hamid Mohd Ali serta pegawai-pegawai kanan PDRM.


Aksi sekitar perlawanan akhir Ragbi Piala KPN 2015 di antara Kuala Lumpur menentang Perak..


Aksi sekitar perlawanan akhir Ragbi Piala KPN 2015 di antara Kuala Lumpur menentang Perak..


Aksi sekitar perlawanan akhir Ragbi Piala KPN 2015 di antara Kuala Lumpur menentang Perak..


Tetamu-tetamu kehormat yang hadir..


Antara penyokong yang hadir..


Antara penyokong yang hadir..


Pasukan perak meraikan kemenangan sebaik sahaja wisel penamat ditiup..


Pasukan perak meraikan kemenangan sebaik sahaja wisel penamat ditiup..


Kedua-dua pasukan bersalaman setelah permainan tamat..


Kedua-dua pasukan bersalaman setelah permainan tamat..


Ucapan penutupan daripada Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah...


upacara penyampaian cenderahati kepada pengadil perlawanan akhir..


Kategori Naib Johan Bowl - Bukit Aman..


Kategori Johan Bowl - PULAPOL Kuala Lumpur..


Kategori Naib Johan Plate - Pahang..


Kategori Johan Plate - Selangor..


Tempat Keempat Cup - Johor..


Tempat Ketiga Cup - Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)..


Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Ahmad Sufian Rosli dari Pasukan Perak..


Naib Johan Cup - Kuala lumpur..


Johan Cup - Perak..


Upacara penyampaian derma kilat kepada waris Allahyarham anggota PDRM Kedah yang juga merupakan pemain ragbi pasukan tersebut...


Upacara penyampaian cenderahati Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan pada tahun ini, SAC Dato' Ruslan Hassan kepada Pengarah Pengurusan, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah..


Upacara penyampaian cenderahati daripada Pengarah Pengurusan, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah kepada SAC Dato' Ruslan Hassan..




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS