Menu

RESTORAN ‘DUA DALAM SATU'

Pengusaha sebuah pusat judi dikesan mengubah suai premis miliknya menjadi restoran dengan dilengkapi dapur serta kerusi meja makan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. 

Premis 'dua dalam satu’ itu pada hakikatnya turut menawarkan khidmat judi siber di bahagian dapur dengan dilengkapi lebih 10 komputer. Taktik itu bagaimanapun berjaya dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. 

Dalam serbuan jam 9 tersebut pihak polis turut menyerbu tujuh premis judi siber di sekitar Taman Sri Manja dan Taman Sri Rampai. Sebanyak 94 komputer dan enam modem dirampas dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995. 

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS