Menu

POLIS BONGKAR LAGI KEGIATAN ROGOL PENJENAYAH "BABUN"

Polis Pulau Pinang hari ini membongkar lagi kegiatan tidak berperikemanusiaan perogol muda dengan nama panggilannya "Babun" yang dituduh membunuh kekasihnya seorang calon SPM pada 25 Oktober lepas.

Babun atau nama sebenarnya Tarmizi Yaakob, 20 tahun seorang bekas pengawal keselamatan mengaku pernah merogol seorang kerani sebuah syarikat swasta ketika mangsa sedang lena tidur di dalam rumahnya sebelum kejadian pembunuhan bekas kekasihnya itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Dato' Zakaria Ahmad, pihak polis kini mengesahkan sisatan kedua-dua kes rogol melibatkan individu yang sama di atas telah selesai dan hanya perlu menunggu laporan rasmi dari Jabatan Kimia Malaysia berkaitan ujian DNA suspek.

Kes suspek ini akan disebut semula di Mahmakah pada 13 Januari tahun depan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS