Polis Pulau Pinang berjaya merampas dua pucuk pistol bersama 14 butir peluru selepas menahan tiga individu iaitu seorang lelaki dan sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam satu kes cubaan membunuh di Permatang Pauh.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Dato' Zakaria Ahmad, semua suspek yang berusia lingkungan 26 hingga 36 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan dan pengangkapan mereka sekali gus berjaya menyelesaikan kes cubaan membunuh seorang lelaki berusia 27 tahun pada 8 Oktober lalu.
Pemeriksaan polis terhadap suspek-suspek terbabit turut mendapati mereka mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau.
Sumber: Kosmo