Polis Kuala Lumpur semalam menahan seorang wanita dipercayai bekas isteri kepada bapa kanak-kanak yang meninggal dunia akibat didera dirumahnya di Wangsa Maju, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sariff, wanita berusia 32 tahun yang ditahan itu bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Hospital Kuala Lumpur akan direman bagi membantu siasatan.
Pihak polis mendedahkan sebelum ini bahawa seorang kanak-kanak perempuan mati akibat didera sehingga cedera di kepala dipercayai menggunakan objek tumpul selain lebam-lebam di seluruh bahagian badannya. Motif penderaan kanak-kanak terbabit masih dalam siasatan polis.
Sumber: Utusan Malaysia