Menu

POLIS TERENGGANU MEMBUAT PERSIAPAN HADAPI BANJIR

Polis Terengganu telah melaksanakan Kursus Asas Pengendalian Bot Enjin Sangkut serta Mencari dan Menyelamat bagi memberi pendedahan dan teknik berkesan bagi meningkatkan lagi kecekapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tugas menyelamat mangsa banjir.

Latihan yang melibatkan seramai 30 orang anggota PDRM dari Kontinjen Terengganu itu juga turut menitikberatkan penjagaan aset seperti enjin bot sangkut yang mudah rosak sekiranya terlanggar objek keras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Supt. Koh Ah Tian yang hadir selaku tetamu kehormat mewakili pucuk pimpinan polis Terengganu turut memaklumkan objektif utama latihan berkenaan dibuat adalah untuk memastikan hubungan koordinasi antara semua anggota selaras dengan menyelamat mangsa lemas dapat dilakukan dengan lancar.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 33 buah bot sudah siap siaga untuk menghadapi musim tengkujuh dan jumlah tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS