Polis Terengganu hari ini menafikan dakwaan yang tersebar luas dalam media sosial kononnya ada anggota polis dari Selangor yang terlibat dalam kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Allahyarham Alias Abdullah bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Terengganu, Dato' Rosli Ab Rahman, tiada anggota polis terbabit dan ditahan berhubung kes tersebut.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya akan menahan dua lagi individu dalam masa terdekat ini setelah 10 suspek yang ditahan sebelum ini memberikan maklumat setelah disoal siasat oleh pihak polis.
Sumber: Berita Harian