Menu

DITANGKAP BALING DAGING BABI KE SURAU


Seorang lelaki yang bertindak biadab membaling daging babi ke dua buah surau pada Sabtu dan Ahad lalu di Jalan Pantai, Batu Pahat menerima padah apabila dia dicekup ketika membawa plastik berisi sisa daging berkenaan, malam tadi.

Suspek ditahan pukul 11.15 malam tadi selepas pihak polis yang melakukan rondaan mendapati lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan sambil membawa beg plastik berwarna merah.

Suspek sempat melarikan diri ketika dihampiri anggota polis untuk diperiksa dan berlaku sedikit pergelutan sebelum dia berjaya ditahan bersama plastik berisi ketulan daging babi.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS