Menu

SUSPEK DIPERCAYAI ALAMI MASALAH MENTAL

Suspek kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Kampung Batu 4, di Slim River, Perak Jumaat lalu, dipercayai mengalami masalah mental. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, ia berdasarkan keterangan awal yang diberikan oleh keluarga suspek berusia 35 tahun itu. 

"Kes ini masih dalam siasatan dan tahap kesihatan mental lelaki itu akan dikenal pasti kemudian selepas dia didakwa di mahkamah. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi Jumaat lalu, mayat K. Ganesan, 50, yang beralamat di Taman Slim Indah, Slim River ditemukan dalam keadaan mengerikan tanpa kepala dalam sebuah longkang di Jalan Kampung Batu 4, berhampiran Slim River. 

Susulan penemuan tersebut, polis berjaya memberkas seorang pemandu lori di sebuah rumah di Kampung Air Jada, Gerik bersama sebuah bungkusan yang mengandungi kepala manusia dipercayai kepala mangsa. 

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS