Empat penagih dadah berjaya diberkas dalam operasi bersama pasukan polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor malam, kelmarin.
Ketua Polis Bahagian Narkotik, IPD Hulu Selangor, Asisten Superintendan Rahimi Hamzah berkata, empat suspek berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kuantan dalam operasi jam 12 tengah malam.
Menurutnya, empat suspek yang ditahan itu merupakan tokan dadah dipercayai bergerak aktif di Batang Kali.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 398 dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh membawa hukuman gantung sampai mati” katanya.
Kesemua suspek kemudian diserahkan kepada IPD Hulu Selangor untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : Sinar Harian
