Menu

LAGI VIRAL VIDEO KES BULI PELAJAR SEKOLAH, KINI DI SARAWAK

Polis Sarawak mengesahkan menerima laporan polis kes buli pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Lundu dan telah mengambil tindakan dengan menahan empat pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong berkata, kes yang dilaporkan berlaku pada akhir bulan Oktober lepas itu disyaki berpunca dari salah faham terhadap suspek yang disyaki mencuri di dalam sekolah berkenaan. 

Difahamkan juga, Jabatan Pendidikan Negeri telah pun mengambil tindakan lanjut di pihaknya bagi menyiasat insiden berkenaan termasuklah memanggil pengetua sekolah dan kumpulan pelajar yang disyaki terlibat.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS