Kuala Lumpur, 25 Nov – Sebuah Majlis Makan Malam Sambutan Hari Patriotik Bekas Polis Malaysia (PBPM) dengan tema "Patriotisme Terus Membara" telah berlangsung dalam suasana penuh muhibbah antara mukabaru yang masih berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mereka yang terdahulu dalam pasukan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam kelmarin.
Majlis anjuran PBPM yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed itu bertujuan untuk menghimpunkan bekas-bekas polis bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara semasa era darurat pada tahun 1940-an sehinggalah ke hari ini.
Terdahulu, teks ucapan Ketua Polis Negara telah dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara), Bukit Aman, Tuan Zakaria Pagan yang mewakili pucuk pimpinan PDRM pada malam tersebut.
“Saya percaya dan yakin, walaupun kita telah bersara dari pasukan, tetapi jiwa bekas-bekas polis ini masih penuh semangat kepolisan dan patriolisme yang cintakan pasukan serta tanah air,” ujar beliau.
Tambahnya lagi, PDRM sentiasa menyokong penuh usaha PBPM ke arah memperkasan lagi kebajikan ahli dan bukan ahlinya melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara, Jabatan Pengurusan, PDRM.
Dalam majlis tersebut juga telah turut diadakan sesi penyampaian penghargaan kepada tokoh-tokoh PBPM oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seramai 16 orang tokoh telah terpilih untuk dianugerahkan penghargaan ini atas jasa dan sumbangan bakti yang telah mereka curahkan selama ini.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang, Presiden Persatuan Bekas Polis, Dato' Dr. Hassan bin Yusoff, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli Jawatankuasa PBPM dan wakil-wakil media.
![_MG_7482 copy _MG_7482 copy](/images/default-source/galeri-2015-new/majlis-makan-malam-pbpm-patriotisme-terus-membara/_mg_7482-copy.jpg?sfvrsn=2)
Sekitar majlis
![_MG_7648 copy _MG_7648 copy](/images/default-source/galeri-2015-new/majlis-makan-malam-pbpm-patriotisme-terus-membara/_mg_7648-copy.jpg?sfvrsn=2)
Ucapan oleh Presiden Persatuan Bekas Polis, Dato' Dr. Hassan bin Yusoff.
![_MG_7650 copy _MG_7650 copy](/images/default-source/galeri-2015-new/majlis-makan-malam-pbpm-patriotisme-terus-membara/_mg_7650-copy.jpg?sfvrsn=2)
Ucapan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara), Bukit Aman, Tuan Zakaria Pagan.
![_MG_7668 copy _MG_7668 copy](/images/default-source/galeri-2015-new/majlis-makan-malam-pbpm-patriotisme-terus-membara/_mg_7668-copy.jpg?sfvrsn=2)
Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed ketika memberikan ucapan.
![_MG_7699 copy _MG_7699 copy](/images/default-source/galeri-2015-new/majlis-makan-malam-pbpm-patriotisme-terus-membara/_mg_7699-copy.jpg?sfvrsn=2)
YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed ketika menyampaikan Surat Penghargaan kepada Tokoh-tokoh PBPM.
![_MG_3376 copy _MG_3376 copy](/images/default-source/galeri-2015-new/majlis-makan-malam-pbpm-patriotisme-terus-membara/_mg_3376-copy.jpg?sfvrsn=2)
Tan Sri Ahmad bin Don dari Agro Equities Bhd. menyampaikan sumbangan kepada PBPM.
![_MG_7853 copy _MG_7853 copy](/images/default-source/galeri-2015-new/majlis-makan-malam-pbpm-patriotisme-terus-membara/_mg_7853-copy.jpg?sfvrsn=2)
Gambar kenangan.