Menu

MALAM MESS MERAIKAN PESARA DAN BAKAL PESARA PDRM 2015

MALAM MESS MERAIKAN PESARA DAN BAKAL PESARA PDRM 2015

Serdang, 27 Nov – Majlis Malam Mess Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2015 dengan bertemakan “A Tribute to Everlasting Fellowship” telah berlangsung dalam suasana penuh akrab dan mesra di Royal Ballroom, Hotel Palace Of The Golden Horses (POGH) di Seri Kembangan dekat sini, malam tadi.

Majlis anjuran Mess Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman itu telah dihadiri seramai lebih kurang 600 tetamu jemputan dari seluruh kontinjen yang melibatkan bekas Pegawai Kanan Polis dari pangkat Inspektor sehiggalah Komisioner Polis. yang bertujuan untuk meraikan bakal pesara dan menghargai jasa bakti pesara polis yang telah sekian lama mencurahkan keringat di dalam pasukan keramat berusia 208 tahun itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan isteri, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim yang hadir bersama-sama seluruh warga PDRM untuk meraikan mereka yang terlibat telah melahirkan rasa setinggi-tinggi penghargaan di atas segala usaha bakti yang dicurahkan mereka selama ini dalam pasukan keramat yang sudah berusia 208 tahun itu.

 “Setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan terima kasih buat semua pesara dan bakal pesara polis pada tahun ini kerana telah bersama-sama dengan pasukan yang kita kasihi ini dan doa saya semoga ikatan ukhuwah persahabatan yang terjalin di antara kita akan kekal selamanya” ujar beliau.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Khalid turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan dan cenderahati kenang-kenangan kepada 112 individu yang diraikan serta turut menerima “Exchange Momento” yang dihadiahkan oleh mantan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Zubaidah Md Ismail kepada Mess Pegawai Kanan PDRM sebagai tradisi malam mess.

Hadir sama dalam majlis ini adalah Pengarah-pengarah jabatan PDRM dan isteri, Naib Yang Dipertua Mess Pegawai Kanan PDRM selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majlis, Dato’ Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan isteri, Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri dan isteri, Dato’-Dato’ Pegawai Kanan PDRM dan isteri dan para Pegawai Kanan wakil dari setiap jabatan PDRM


bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara..


menunggu ketibaan Ketua polis Negara


ketibaan Ketua polis Negara..


Ucapan dari Ketua polis Negara


Ucapan Dato’ Zubaidah Md Ismail...


Penyampaian cenderahati dari PDRM..


Penyampaian cenderahati dari PDRM..


Penyampaian cenderahati dari PDRM..
Penyampaian cenderahati dari PDRM..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS