Menu

POLIS KELANTAN KERAH 982 PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS HADAPI BANJIR

Polis Kelantan telah mengarahkan semua pegawai dan anggotanya bersedia menghadapi bencana banjir yang bakal melanda negeri itu terutamanya di daerah-daerah yang berisiko tinggi terutamanya yang berdekatan dengan Sungai Golok.

Ketua Polis negeri, Dato' Mazlan Lazim berkata, seramai 982 Pegawai Kanan dan anggota polis telah dikerahkan bagi menghadapi segala kemungkinan.

Pihak polis turut mengingatkan semua penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar sentiasa bersiap sedia untuk berpindah apabila air mencecah paras bahaya dengan tidak mengunggu di saat akhir untuk membuat persediaan.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS