Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan urusan import dan eksport barangan bernilai jutaan ringgit setelah tertangkapnya dua orang suspek utama menerusi operasi yang digelar Op Great Wall.
Kes yang diklasifikasikan sebagai tipu dengan cara menawarkan projek perniagaan yang tidak wujud itu bagaimanapun dapat ditumpaskan oleh pihak polis dengan kerjasama dari mangsa yang tampil membuat aduan segera.
Penangkapan kedua-dua individu berkenaan telah berjaya membongkar juga penipuan passport dan penipuan maklumat peribadi penggunaan nombor telefon bimbit di dalam negara ini.
Sumber: Kosmo