Menu

KOPERAL MUSTAKIM UNGGULI KEJOHANAN KUDA LASAK TERBUKA PDRM

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Doris Mayau

Serdang, 5 Dis – Penunggang Koperal Mustakim Marhan Musa dengan kuda baka ‘Aussie Oy’ mengungguli Kejohanan Kuda Lasak kategori individu terbuka 40KM anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila mencatat masa 21 minit 19 saat di kejohanan itu yang berakhir tengahari tadi.

Mohd Sulaiman Muda daripada Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) menduduki tempat kedua dengan catatan masa 27 minit 66 saat diikuti kelab State of Terengganu Endurance Team (STET), Wan Mohd Kamaluddin Wan Yussof dengan catatan 39 minit 16 saat.

Dengan kemenangan itu, Mohd Sulaiman meraih hadiah wang tunai RM500, tempat kedua (RM400) dan ketiga (RM300).

Bagi kategori kuda lasak kategori VIP 15KM telah dimiliki oleh Dato’ Adullah Taib dari State of Terengganu Endurance Team (STET) manakala Datuk Mohd Suaib Ishak (Ar-Raudhah Equine Club) kedua dan Datin Chong Siew Fah (Taman Ekuestrian Putrajaya) telah mendapat tempat ketiga.

Bagi kategori VIP, masing-masing meraih hadiah wang tunai RM500, tempat kedua (RM400) dan ketiga (RM300).

Kejohanan kuda lasak itu diadakan antara lain bertujuan memperkenalkan Unit Berkuda PDRM kepada masyarakat. Program ini juga dilihat mampu mendekatkan lagi polis dan masyarakat.

“Selain bertindak sebagai platform terbaik untuk usaha ini dilihat sebagai antara inisiatif terbaik bagi merapatkan jurang, memenangi hati rakyat dan seterusnya meningkatkan keyakinan serta kepercayaan masyarakat melalui penambahbaikan penyampaian perkhidmatan PDRM dalam konteks hubungan ‘we are the People’s Police’ “, ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika ucapan penutupan Kejohanan Endurance Terbuka PDRM 2015.

Majlis itu dihadiri oleh Presiden Persatuan Equestrian Malaysia, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Bin Ramly, Pengarah Taman Pertanian Profesor Dr. Japar Sidik bin Bujang, Pengarah Urusan Kumpulan Shapadu, Dato’ Seri Shafiz bin Dato’ Hj Shahrani dan Pengurus Besar Kumpulan Telekom Malaysia Encik Faizal Naina bin Mohamed selaku penaja utama majlis.

Hadir sama ialah Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Endurance Terbuka PDRM 2015, Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Mohamed Fuad bin Abu Zarim dan rakan media.


Koperal Mustakim Marhan Musa dengan kuda baka ‘Aussie Oy’ yang mengungguli Kejohanan Kuda Lasak kategori individu terbuka 40KM anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM)

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS