Menu

SUKARELAWAN POLIS-PDRM BERGABUNG BANTERAS JENAYAH

Indeks kadar jenayah terutamanya melibatkan kes jenayah curi di kawasan perumahan dalam daerah Kuala Selangor mencatatkan penurunan selepas Sukarelawan polis bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergabung tenaga melalui program Community Policing membuat pelbagai aktiviti mencegah dan membanteras jenayah.

Menurut Ketua Polis Daerahnya, ACP Muhd Taib, ia juga adalah kesinambungan dari hasil kerjasama dan perhubungan yang erat setelah sekian lama terjalin antara polis dan masyarakat di dalam daerah tersebut.

Polis Selangor terutamanya daerah tersebut berjaya mencatatkan penurunan kes dari 24 kes kepada 1.7 kes sehari setelah pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama penduduk setempat dan kempen-kempen serta ceramah kesedaran terhadap pelbagai jenis ancaman jenayah terhadap anak-anak sekolah.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS