Suspek kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan yang telah ditemui mati dan berbalut dengan tuala putih di dalam sebuah rumah telah ditahan reman selama seminggu oleh Polis Selangor bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, suspek yang juga teman lelaki ibu kepada kanak-kanak berkenaan bersama adik iparnya yang berumur 40 dan 29 tahun itu disyaki telah menjaga mangsa di rumah kerana ibu mangsa sedang menerima rawatan di hospital.
Polis masih menyiasat motif utama mengapa kanak-kanak perempuan itu meninggal akibat dipukul dikepala.
Sumber: Kosmo