Menu

MAJLIS PALUAN BERUNDUR SEMPENA PERSARAAN PENGARAH JIPS PDRM

Kuala Lumpur, 31 Disember- Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Jamshah Mustapa hari ini secara rasminya bersara wajib setelah menabur bakti selama 38 tahun dalam pasukan PDRM.

Majlis Paluan Berundur yang bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL petang tadi adalah merupakan simbolik sebagai penghormatan terakhir buat beliau yang hadir ditemani isteri, Datuk Noriah Hashim, juga pengerusi PERKEP JIPS PDRM sebelum meninggalkan segala tugasan rasminya selaku seorang pegawai kanan polis.

Mengimbas kembali perjalanan kariernya dalam pasukan, Dato' Jamshah telah mengikuti latihan Inspektor di PULAPOL KL pada tahun 1977, selepas itu berkhidmat di dalam Cawangan Khas (1978-80), Bahagian Perhubungan Awam Bukit Aman (1987-2001) dan juga pernah menyandang jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Terap (2000) serta KPD Kuantan (2004).

Berkelulusan Sarjana Sastera (MASS COMM) dan pernah menjawat beberapa jawatan penting di dalam Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum beliau dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Polis Selangor (2007) dan Ketua Polis Terengganu pada tahun 2013.

Legasi pentadbirannya sejak bulan Mei 2015 yang lepas di dalam JIPS akan diterajui oleh penyandang baru iaitu CP Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman yang juga mantan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Sebelum majlis berakhir, Dato’ Jamshah bersama isteri telah diarak menggunakan kenderaan rasmi pasukan sebelum beliau menandatangani buku pelawat di bilik pengawal PULAPOL KL buat kali yang terakhir.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar, barisan Pengarah PDRM, Pegawai kanan, warga PDRM dan dif-dif jemputan.


Ketibaan Dato’ Jamshah Mustapa bersama isteri disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar dan isteri Puan Sri Dato' Imran Ibrahim.


Dari kiri Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah JIPS PDRM, Dato' Jamshah Mustapa


Persembahan Pancaragam Pusat PDRM


Dato' Jamshah Mustapa memimpin persembahan Pancaragam Pusat PDRM


Penyampaian cenderahati


Dato’ Jamshah Mustapa dan isteri Datuk Noriah Hashim di arak menaiki kenderaan khas pasukan PDRM menuju ke Balai Pengawal


Dato’ Jamshah Mustapa menandatangani buku lawatan di Bilik Pengawal.


Sekitar sebelum majlis bersurai


Dato’ Jamshah Mustapa bersalam-salaman dengan pegawai kanan yang hadir sebelum meninggalkan majlis


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar mengiringi Dato’ Jamshah Mustapa sebelum meninggalkan majlis

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS