Menu

POLIS KL RAMPAS DADAH DICAMPUR DALAM AIR BOTOL MINUMAN

Polis Kuala Lumpur berjaya membongkar sindiket yang mencampurkan dadah dalam air minuman berbotol yang dibekalkan di kelab malam sekitar ibu kota sekaligus melumpuhkan kegiatan mereka.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kontinjen tersebut, ACP Wan Abdullah Ishak, pihaknya berjaya meramapas sebanyak 120 botol air minuman yang dipercayai mengandungi dadah jenis eramin5, ketamin dan ektasi.

Seorang jurukimpal yang dipercayai tali barut sindiket tersebut turut ditahan dan hasil siasatan pihak polis mendapati sindiket berupaya menjual dengan harga RM200 sehingga RM300 sebotol air dadah terbabit kepada pelanggannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS