Kuala Lumpur, 5 Jan -
Majlis Sambutan Penubuhan Unit Tindakhas (UTK) yang ke-41 diadakan di Markas
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cheras pada 1 Januari 2016.
UTK adalah satu unit
khas yang penting di dalam struktur organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sejarah penubuhannya bermula apabila pada awal tahun 1970-an bilangan
organisasi pengganas antarabangsa telah bertambah dan kegiatan mereka telah
meningkat di seluruh dunia.
Sebagai sebuah unit
khas yang unggul dan digeruni PDRM dengan moto ‘Tangkas Banteras Ganas’, UTK
ditubuhkan pada 1 Januari 1975 berkonsepkan idea unit SWAT Amerika Syarikat
bagi memerangi pengganas di kawasan bandar. Pegawai dan anggota yang mempunyai kriteria
yang sesuai telah dipilih di kalangan warga PDRM untuk mengikuti latihan khas,
dikendalikan pasukan Special Air Services Regiment British dan lain-lain
pasukan khas seluruh dunia.
Timbalan Ketua Polis
Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sejak penubuhannya hingga kini,
UTK mempunyai peranan utama dalam menangani sebarang ancaman pengganas
antarabangsa melibatkan kepentingan kerajaan Malaysia atau kerajaan asing di
negara kita.
"Selain itu, UTK
turut memberi bantuan kepada jabatan lain khususnya Jabatan Siasatan Jenayah
dalam menangani kes-kes jenayah berat. UTK juga bertanggungjawab dalam kawalan
keselamatan kepada orang kenamaan atau VVIP dalam negara serta VVIP asing yang
mempunyai ancaman keselamatan yang tinggi sewaktu mereka berada di negara
ini," katanya.
Majlis ini dihadiri
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,
Tan Sri Datuk Mohd Zaman Khan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam (KDN/KA), CP Dato’ Mohammad Fuad Abu Zarim, Komander UTK, SAC
Dato’ Hazani Ghazali dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri

Pegawai Pemerintah Baris melapor...

Memeriksa Kawalan Kehormatan...
Lakonan semula insiden tebusan Penjara Kuantan pada tahun 1987



Demonstrasi kawalan VVIP









Pertunjukan payung terjun


Penyampaian Beret Kehormat UTK

Penyampaian cenderahati oleh Komander UTK
Sekitar pameran








Bergambar kenangan...