Menu

13 DIREMAN KES BEREBUT KAWASAN JUAL AIS


Seramai 13 lelaki termasuk seorang pelajar sekolah ditahan dalam Op Cantas berkaitan insiden rusuhan yang dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Padang Serai, Kulim antara jam 4 pagi hingga 6.30 pagi.

Rusuhan berpunca daripada perebutan kawasan operasi penjualan ais apabila sekumpulan lelaki berusia lingkungan 17 hingga 54 tahun menyerang seorang mangsa sehingga mengalami kecederaan.

Sebanyak tujuh laporan polis dibuat mengenai kejadian itu yang berpunca daripada perselisihan faham antara dua geng yang berebut kawasan operasi penjualan ais.

Sumber : Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS