Sepasukan anggota dari Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menggempur 15 premis judi online di lapan daerah sekitar Selangor, kelmarin.
Hasil serbuan yang dijalankan ke semua premis perniagaan tersebut, polis berjaya merampas 94 set komputer pelbagai jenama, 65 set komputer riba dan enam set mesin perjudian jenis simulator.
Dalam serbuan tersebut, polis turut menahan 13 lelaki yang dipercayai penjaga premis serta merampas wang tunai RM2320. Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.
Sumber: Sinar Harian
