Jenayah kolar putih di Malaysia dikesan semakin membimbangkan kerana rekod kerugian yang dialami mangsa pada tahun lalu dilihat meningkat hampir 100 peratus.
Jumlah kerugian yang dialami mangsa pada tahun lalu adalah lebih RM2.43 bilion berbanding tahun 2014 yang merekodkan hanya RM1.24 bilion.
Penyumbang utama peningkatan jenayah kolar putih adalah berlakunya pelbagai kes penipuan di negara ini. Kes penipuan warga Afrika mempamerkan peningkatan yang ketara dan modus operandi yang dikesan adalah diubahsuai melalui penipuan ‘African Scam’.
Sumber : Utusan Malaysia