Menu

40 ANGGOTA TRAFIK TAMAT KURSUS PENGENDALIAN ALAT PENGESAN HADLAJU TRUCAM

40 ANGGOTA TRAFIK TAMAT KURSUS PENGENDALIAN ALAT PENGESAN HADLAJU TRUCAM

Subang Jaya, 22 Jan – Seramai 40 anggota trafik PDRM berjaya menamatkan Kursus Pengendalian Alat Pengesan Hadlaju Trucam Siri 1/2016 yang berlangsung di Galeri 'Malaysians Unite for Road Safety' (MUFORS) petang tadi.

Kursus yang bermula pada 19 Januari itu bertujuan mempertingkatkan kemahiran pengendalian Laser Trucam kepada anggota Cawangan Trafik PDRM yang akan digunakan dalam pemantapan tugas penguatkuasaan undang-undang jalanraya khasnya kesalahan berkaitan melebihi hadlaju.

Majlis penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Superitendan Koh Seok Keng, Pegawai Turus Trafik, Bahagian Perolehan/Pembangunan dan kewangan Bukit aman.

Hadir sama dalam majlis tersebut, ialah ASP Zariman b. Ahmad, Komander EMPV L/Raya Elit Trafik Bukit Aman, Insp. Juliana Bt Ahmad, Insp. Latihan Trafik Bukit Aman, Tuan Rizlan b. Abdul Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan Sarang Mas Sdn Bhd dan Tuan Mohd Jasmer Bin Sathilan, Senior Manager C6 PLUS.


Barisan Pegawai Kanan Trafik PDRM.



Sekitar majlis berlangsung.


Ucapan oleh Ketua Kursus.


Ucapan oleh Y.Bhg Tuan Rizlan b. Abdul Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan Sarang Mas Sdn Bhd.


Ucaptama oleh YDH Superitendan Koh Seok Keong, Pegawai Turus Trafik, Bahagian Perolehan/Pembangunan dan kewangan Bukit aman.





Diantara penerima-penerima sijil tamat kursus.

Sesi penyampaian cenderahati.



Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS