Menu

DUA SUSPEK EDAR GANJA DICEKUP

Seorang pegawai pemasaran dan rakan wanitanya dicekup oleh anggota unit peronda (MPV) kerana dipercayai mengedar dadah berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Taman Dagang, di Ampang.

Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis menemui paket dadah jenis ganja seberat 1.037 kilogram yang disorok dalam kereta Perodua Myvi yang di parkir di lorong belakang pasar raya tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati dadah bernilai RM2,800 itu untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari hingga 3 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS