Menu

LAPAN PREMIS JUDI ONLINE DISERBU

Polis merampas 35 komputer judi online dan enam mesin permainan simulator berunsur perjudian bernilai lebih RM17,264 dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang semalam.

Operasi kira-kira pukul 1 pagi itu dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman serta dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebanyak lapan premis judi diserbu termasuk empat di Sungai Buloh, Kota Damansara (dua) serta masing-masing sebuah di Selayang dan Cheras.

Selain itu, poli juga menahan 45 individu disyaki kaki judi dan 12 pekerja premis yang berumur antara 20 hingga 40 tahun ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 135 Akta Kastam.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS